Kenapa Bila Baca Novel Boleh “Teremosi”, Kenapa Tidak Bila Baca Al-Quran?

Pelik rasanya kan, kita mudah merasa kagum bilamana kita menjumpai sebuah buku yang nilai umurnya sudah 600 tahun. Tapi sedarkah kita di rak setiap rumah kita ada tersimpannya sebuah buku yang usianya sudah menjangkau 1440 tahun.

Pernahkah kita membaca novel? Atau jika tidak pernah, pasti kita ada dikalangan keluarga mahupun kenalan kita yang suka membaca novel kan? Bila kita membaca novel kita akan merasa pelbagai perasaan seperti hiba, teruja, sedih, marah dan sebagainya.

Ia adalah disebabkan karekter watak dan jalan penceritaan yang dibawa oleh penulis di dalam novel tersebut sangat mengujakan. Ia adalah perasaan yang normal yang akhirnya telah mengakibatkan pembaca tidak sedar bahawa mereka seperti menyaksikan peristiwa tersebut di hadapan mata mereka.

Tahukah anda, bahawa elemen-elemen yang ada dalam novel sebenarnya ada di dalam Al-Quran. Wow, benarkah? Ya, watak yang dikemukakan di dalamnya adalah sebaik-baik watak, jalan cerita yang dibawa di dalamnya adalah sebaik-baik cerita, dan penulis kitab ini juga adalah sebaik-baik penulis.

Jadi, tanpa berlengah lagi ayuh habiskan pembacaan artikel ini untuk mendapatkan jawapan dari persoalan ini.

Sebelum saya menjawab soalan ini, ada baiknya kita mengenali serba-sedikit kitab yang merupakan sebaik-baik buku yang pernah terhasilkan di dunia ini. Al-Quran adalah merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW setelah baginda ditabalkan sebagai rasul pada usia 40 tahun di gua hira’.

Al-Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun daripadanya sebelum hijrah dan bakinya diturunkan selepas hijrah. Serta 1/4 dari intisari Al-Quran adalah kisah.

Jadi, kenapa agaknya kita tidak beremosi ketika kita membaca Al-Quran? Kadang-kadang boleh juga kita teremosi dengan alunan bacaan yang mengasyikkan dari sheikh-sheikh di negara timur tengah, tapi ia tidak cukup menjadikannya melekat di hati kita. Kenapa ya?

Secara mudahnya jawapan tersebut adalah disebabkan kita tidak faham apa maknanya isi kandungannya. Al-Quran fungsinya tidak sekadar untuk dibaca bahkan lebih-lebih lagi ia adalah untuk difahami.

Ramai orang yang baru memeluk agama ini yang mengenali Al-Quran dahulu sebelum mengenali penganutnya. Justeru, usah kita meragut lagi fungsi dan tujuan matlamat Al-Quran diturunkan. Tambahan lagi, istilah Al-Quran diturunkan itu juga merupakan simbolik ia dari tempat yang tinggi menuju ke tempat yang rendah.

 Bermaksud ia bersifat mulia diberikan kepada orang yang biasa untuk dimuliakan. Buktinya Nabi Muhammad SAW dimuliakan kerana Al-Quran diturunkan padanya & bulan Ramadhan dimuliakan kerana diturunkan di dalam bulan tersebut.

Bagi saya, langkah untuk menjadikan pembacaan Al-Quran lebih beremosi selain dari memahami isi kandungannya, kita perlu mengikuti beberapa langkah tersebut ini bagi memastikan pembacaan Al-Quran selepas ini lebih beremosi dan mengujakan iaitu tahu watak apa yang kita mahukan, masalah apa yang kita cari, dan lihat apa solusi yang diberikan.

Pertama, pilih apa watak yang kita mahu contohi di dalam Al-Quran sama ada ia seorang bapa seperti nabi Nuh, nabi Ibrahim, nabi Yaakob, nabi Daud mahupun bukan nabi seperti Luqman Al Hakim. Jika kita mencari watak ibu kita ada kisah ibu nabi Musa, ibu Maryam dan Maryam.

Jika kita mencari watak remaja kita ada kisah ashabul kahfi, ghulam dalam surah Al-Buruj, nabi Ibrahim ketika mendepani namrud, nabi Yusuf ketika mendepani ibu angkat dan para wanita di Mesir dan jika kita mencari watak isteri mahupun anak kita ada watak yang baik dan jahat.

Watak yang baik seperti isteri Firaun dan isteri nabi Ibrahim manakala watak jahat seperti isteri nabi Nuh, isteri nabi Lut, isteri Abu Lahab dan watak anak yang baik seperti kisah nabi Ibrahim, nabi Ismail, nabi Sulaiman, nabi Yusuf, kakak nabi Musa manakala watak anak yang jahat seperti kisah anak nabi Nuh, anak nabi Adam dan anak-anak nabi Yaakob. Justeru, pilih lah watak apa dan langkah seterusnya adalah …

Masalah apa yang kita hadapi. Setiap dari kita tidak pernah tidak, pasti menghadapi masalah dalam hidup dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar masalah. Allah sentiasa tahu apa yang hambanya perlukan, hanya kita yang sedar atau tidak akan perkara tersebut.

Pelbagai watak yang Allah ceritakan ada masalah yang mereka hadapi seperti salah faham adik-beradik sehingga ke tahap menjadi buruan untuk dibunuh. Maka dengan sebab itu, benarlah Allah memahami permasalahan diri kita. Dan langkah yang berikutnya…

Lihat apa solusi yang dikemukakan. Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Langkah terakhir, ambil tahu bagaimana Allah merungkai masalah tersebut. Ada yang kisah di dalam Al-Quran Allah selesaikan masalah sekelip mata, ada kisah yang Allah selesaikan memakan masa.

 Justeru, ia adalah gambaran hidup kita, mehnah dan tribulasi sentiasa akan dihadapi, motivasi dalam kehidupan perlu dimiliki dan penyelesaian atas masalah perlu diambil iktibar supaya diri kita menjadi semakin baik dan mudah-mudahan Allah redha dengan sepanjang perjalanan dalam kehidupan kita ini. Ingat bahawa Allah tidak pernah meninggalkan kita.

 Kesimpulannya, sekiranya kita mengubah perspektif pandangan kita terhadap Al-Quran ia akan menjadi sesuatu yang pasti kita sukar meninggalkannya. Novel hanyalah sekadar cerita fiksyen yang sekadar imaginasi dari penulis tetapi kisah Al-Quran bukan cerita fiksyen bahkan ia benar-benar berlaku yang dikisahkan oleh Allah supaya menjadikan panduan kepada kita dan boleh dibuktikan dengan pengkajian mengenainya.

Sekarang tahulah kita bahawa Al-Quran tidak membosankan, bahkan ia melengkapkan fungsi hidup kita dan berterusan lah ia dikaji dan dikaji, terus dikaji sehingga ke hari kiamat.

Sheikh Sulaiman Bin Sheik Harun
Founder Modul “Mudahnya Faham Al-Quran”



Tadabbur Al-Quran di Bulan Ramadan

Ahlan wasahlan ya Ramadan kareem, bulan yang paling dicintai dan ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di sepanjang tahun. Lebih dua pertiga tarbiah bulan ini dilalui, namun adakah sudah separuh target-target kita sudah tercapai.

Suasana berbeza dapat dirasakan di negara-negara arab misalannya, apabila Ramadan disambut dengan meriah berbanding dengan meriahnya sambutan Syawal di Malaysia.

Meriahnya Ramadan mereka bukan dengan menggantung langsir baru mahupun menyertai pesta jualan murah, tapi dengan kemeriahan pesta ibadah yang ibarat tiada lagi Ramadan tahun hadapan bagi mereka.

Selain dari bulan ibadah mahupun tarbiah, Ramadan juga dikenal sebagai bulan al-Quran. Bulan dimana turunnya wahyu pertama, yang turunnya mempunyai peringkat, dan beransur-ansur selama 23 tahun. Jelas dilihat ramai umat Islam seperti tidak boleh berenggang dengan al-Quran pada bulan ini, ibarat irama dan lagu, di mana-mana sahaja daerah pasti terdengar akan suara-suara yang basah mengucap ayatnya yang tinggi, sehinggakan kanak-kanak juga dilihat berbondong-bondong ke masjid menjinjing al-Quran di atas kepala mereka. Namun ironinya, sejauh mana cinta dan tadabbur mereka ke atas kalimah suci tersebut disebalik kesungguhan mereka membacanya. Firman Allah Taala yang mafhumnya berbunyi:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (al-Baqarah: 185)

Maka adakah bacaan mereka yang banyak itu masuk terus ke hati mereka atau sekadar pelengkap jadual aktiviti harian di bulan barakah? Ramai yang lupa bahawa di antara strategi musuh Islam itu adalah menghalang umat Islam dari mentadabburi al-Quran dan berpaling daripada al-Quran sedangkan ianya dibaca setiap hari.

Tadabbur bermaksud merenung dan memikirkan tentang ayat-ayat al-Quran agar difahami makna, hikmah dan tujuannya. Membaca al-Quran secara tadabbur amat penting bagi usaha melahirkan generasi Ulul Albab dan Qur’ani.

Dari Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Nabi kamu telah berkata, Sesungguhnya Allah telah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan al-Quran dan merendahkan yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. pernah bangun sepanjang di malam dengan membaca satu ayat secara berulang-ulang sampai Subuh iaitu:

Jika Engkau menyiksa mereka, Maka Sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, Maka Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Maaidah: 118)

Ibnu Qoyyim menjelaskan:

“Apabila sampai ke satu ayat (ketika mana baginda ingin mengubati hatinya), baginda akan membacanya secara berulang-ulang sehinggakan mencapai 100 kali dalam satu malam.

Oleh itu, membaca satu ayat disertai debgan pemikiran dan pemahaman, lebih baik daripada membaca sehingga khatam tanpa perenungan dan pemahaman, lebih bermanfaat bagi hati dan lebih berpotensi menghadirkan iman dan rasa manisnya al-Quran.” (Miftahu Daarissa’adah)

Namun, salah bagi sesetengah golongan yang menganggap bahawa mambaca al-Quran dengan tadabbur adalah susah dan hanya boleh dilakukan oleh orang tertentu berdasarkan firman:

“Dan sungguh, telah kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?” (al-Qamar: 17)

Namun jelas umat Islam dilihat sangat rapat dengan al-Quran di mana-mana sahaja di sepanjang Ramadan, seperti sabda baginda yang berbunyi:

 مثل البيت الذي يذكرالله فيه والبيت الذي لا يذكر الله فيه مثل الحي والميت

Maksudnya: Perumpamaan bagi rumah yang dibacakan padanya ayat-ayat Allah dengan rumah yang tidak dibacakan padanya ayat-ayat Allah seumpama orang hidup dengan orang mati.

Namun generasi kini yang pastinya dicari-cari adalah mereka yang mampu mentadabburi  al-Quran, sejajar dengan ciri-ciri orang yang beriman itu dalam firmanNya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”. (al-Anfaal: 2)

Oleh itu, marilah kita mendekatkan diri kita kepada al-Quran dengan membacanya dan mentadabburinya, semoga kita dapat menggapai bulan al-Quran ini dengan suatu nilai yang terbaik sepanjang hidup ini.

Ustaz Ahmad Hassan Ismail Al-Hafiz

Ijazah Sarjana Muda Qira”at, Universiti Al-Azhar, Mesir

zp8497586rq

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Al-Mubarak!

Dia

Hadir kembali di halaman jiwa ini

Mengubat rindu yang kian lama terpendam di lubuk syahdu

Andainya esok bukan milikku

Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu

Buat pengubat derita dosa-dosa semalam

Kerana aku tahu ya Al-mubarak

Kau dirindui oleh sekelian alam maya ini

Seandainya alam ini turut berkata-kata

Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka

Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan

Aku akan setia menantimu di sini

Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran

Buat meniti hakikat lautan sebuah kehidupan

Salam Ramadan penuh kesucian

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

(Hadis Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada sahabat Sahal bin Sa’d.)

Dia hadir kembali setelah lama dinanti. Bukan seperti “pungguk rindukan rembulan” yang cintanya tidak mungkin dibalasi, tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih molek dari seribu bulan. Setelah lama kekurangan dalam melakukan amalan, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.

Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam. Beliau berasa risau samada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.

Terkadang noda-noda dunia yang seringkali melambai-lambai, menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika. Sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka. Apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.

Sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka periksalah kembali diri kita. Muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu.

Ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

Semoga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur Ramadan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan di bumi. Hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini. Usah kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan Ramadan. Ramadan hadir sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di Ramadan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahbaikkan amal ibadat buat bekalan di “penjelmaan” yang akan datang.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Mengapa menanti senja, baru tercari-cari jalan pulang?

Salam Ramadan penuh kesucian

oleh:

Mohd Noor Mohd Tahir

zp8497586rq

Mudahnya Tajwid!

Hadis Kelebihan Membaca Al-Quran

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ada Apa Dengan Mudahnya Tajwid!

Di antara modul yang digunakan oleh Akademi Infitah dalam Mengaji Al-Quran adalah Mudahnya Tajwid! Modul ini ini bukanlah bertujuan untuk memandang mudah ilmu tajwid yang sedia ada. Tapi lebih kepada membetulkan mind-set pemikiran yang mengatakan tajwid itu susah. Ramai yang tidah mahu belajar Al-Quran disebabkan pemikiran yang kurang tepat ini. Dengan mengubah mind-set, insyallah pembelajaran tajwid ini akan lebih mudah.

Analoginya sperti yang dikisahkan oleh Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) kisah seekor anak gajah. Ada seekor anak gajah yang telah ditangkap dari hutan dan dibawa ke zoo untuk dijadikan haiwan sarkis. Ia diikat pada sebatang tiang yang kecil. Semasa kecil, ia sering berusaha untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut tetapi gagal.

Semakin ia besar, anak gajah itu tetap diikat daripada tiang yang sama. Tetapi oleh kerana ia menganggap ia tidak akan berjaya, maka ia berhenti berusaha. Sebenarnya, anak gajah yang semakin besar itu mampu untuk melepaskan diri, namun kerana mind-set yang meletakkan ia sesuatu yang sukar, maka ia berhenti mencuba. Semoga kita tidak seperti anak gajah tersebut 🙂

Apa yang penting dalam Mudahnya Tajwid! adalah mengamalkan hukum tersebut walaupun kita tidak tahu nama hukum tersebut. Dalam pada masa yang sama, jika kita mengetahui hukum tajwid dan mengamalkannya, itu adalah yang terbaik!

 

Vokal a, e, i, o, u

Baris atas mewakili vokal a dan o

Baris bawah mewakili vokal i

Baris depan mewakili vokal  u

Harkat

Harkat itu bermaksud bacaan panjang dalam Al-Quran. Ia tidak mengikut saat tetapi mengikut nada bacaan.

Hukum dengung

Hukum dengan dalam Al-Quran ini memang sinonim dengan hukum tajwid. Kita biasa dengan “dengung” apa itu dengung? Dalam Mudahnya Tajwid!, pelajar diberitahu bahawa dengung itu adalah 2 harkat dan perlu mengeluarkan bunyi daripada hidung. Bunyinya juga seakan-akan memasukkan kepada hurufnya selepasnya. Mudah sahaja jika kita hendak mengenalpasti samada kita membaca dengan dengung atau tidak iaitu jika kita tutup hidung semasa pembacaan tersebut, bunyi bacaan tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Ada beberapa hukum tajwid yang memerlukan bacaan dengung iaitu:

  1. Idgham Maal Ghunnah
  2. Ikhfa” hakiki
  3. Iqlab
  4. Idgham Mutamasilain

Banyak yang perlu dingat? Insyallah, dengan kaedah Mudahnya Tajwid!, teknik-teknik mengenal hukum ini dalam Al-Quran dapat membantu mengenalpasti bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.

Hukum Bukan Dengung

Manakala hukum yang melibatkan hukum bukan dengung pula ada tiga iaitu:

  1. Izhar Halqi
  2. Izhar Syafawi
  3. Izhar Mutlaq
Hukum-hukum ini melibatkan bacaan yang berbeza. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah ia termasuk hukum yang tidak perlu dengung. Dengan mengenal tanda-tanda dan huruf dalam Al-Quran, hukum ini lebih mudah dipelajari 🙂
Untuk belajar mengaji di rumah atau online boleh Whatsapp “Mengaji Fokus” ke 0132006840
zp8497586rq

Keistimewaan Perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah

Klien sering bertanya kepada kami adakah:

1. Perkhidmatan ini sesuai bagi mereka?

Tuan/puan tidak perlu risau kerana sesi Mengaji Al-Quran Di Rumah ini memang sesuai bagi yang ingin belajar Al-Quran daripada asas mahupun untuk memperbaiki bacaan. Pembelajaran Al-Quran ini turut mengekalkan tradisi   menuntut ilmu iaitu secara talaqqi & musyafahah (berhadapan terus dengan ustaz/ustazah).

2. Kenapa perlu belajar tajwid?

Tajwid sememangnya ilmu yang sinonim dengan Al-Quran. Tanpa tajwid, bacaan Al-Quran kita belum sempurna. Begitu juga bacaan solat perlu dibaca dengan bacaan yang sempurna dan bertajwid. Di CMN Academy, kita memfokuskan untuk mengajar tajwid dengan cara yang mudah dan tidak membebankan pelajar.

3.  Bolehkah kami ingin belajar tentang perkara fardhu ain seperti asas ibadah?

Jika pihak tuan/puan ingin mempelajari ilmu fardhu ain, ustaz/ustazah akan mengajar secara taeori dan praktikal (jika perlu). Jadi tuan/puan boleh mempelajari dan bertanya secara langsung dengan pengajar. Setiap pelajaran/bacaan/isu/permasalahan dapat dibincangkan secara telus antara pelajar & tutor tanpa rasa segan.

4. Bagaimana pembelajaran ini dapat memberikan fokus kepada pelajar?

fat loss workouts for rierslot.net men http://www.customizedweightlossprogram.com/

Pengajar di CMN Academy adalah pengajar yang terpilih daripada beratus-ratus permohonan serta menjalani temuduga khas sebelum dipilih sebagai tutor. Perjumpaan dan training dijalankan untuk menambahkan kemahiran tutor. Selain itu, pengajar dapat memberikan fokus kepada pelajar kerana bilangannya hanya terdiri daripada 1 – 7 orang sahaja.

5. Apakah kelebihan belajar dalam kumpulan yang kecil?

Pelajar mendapat maklumat yang jelas daripada tutor (bacaan mulut & praktikal perbuatan) manakala tutor pula dapat melakukan semakan secara langsung kepada pelajar (samada semakan bacaan mulut @ praktikal perbuatan). Tutor bukan sahaja berkongsi ilmu bersama pelajar, malah boleh berkongsi pengalaman sedia ada untuk kebaikan bersama antara tutor & pelajar.

zp8497586rq

About Us

CMN Academy ialah sebuah konsultan yang menyediakan tutor-tutor untuk pakej  “Quranic Home Based” iaitu Mengaji Al-Quran Di Rumah. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej yang disediakan adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran Al-Quran yang diikuti.

Kami bermula dengan mengajar sendiri ke rumah-rumah. Dalam pada masa yang sama, permintaan semakin hari semakin banyak melalui “words mouth to mouth”.

Disebabkan itu, timbul idea untuk mengajak rakan-rakan serta ustaz dan ustazah yang berminat dan berkebolehan mengajar Al-Quran dan fardhu ain. Kebanyakan mereka adalah graduan dalam bidang agama dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.

Alhamdulillah, sekarang  CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini diwujudkan di atas sebab memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan klien hari ini ingin perkhidmatan mengaji di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Mereka boleh bertanyakan secara terus kepada ustaz dan ustazah tentang perkara yang berada di fikiran. Sesi teori dan praktikal (fardhu ain) dapat membantu pelajar mempelajari perkara tersebut dengan lebih efektif.

Masa juga adalah fleksibel bergantung kepada keperluan klien. Kebiasaanya pada waktu petang atau malam (hari bekerja), hari minggu atau pada bila-bila masa yang dipersetujui. Ini membolehkan pelajar selesa dengan masa yang ditentukan.

Alhamdulillah, telah ramai keluarga yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini. Walaupun bermula daripada zero, namun disebakan kesungguhan dan komitmen daripada ustaz/ustazah, mereka telah dapat mengaji Al-Quran dengan baik beserta tajwid.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami.

Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi.

Soalan Lazim

A. Bagaimana untuk memulakan?

Tuan/Puan boleh membuat pra-pendaftaran secara online. Kami akan menghubungi tuan/puan untuk menerangkan tentang perkhidmatan kami dengan lebih lanjut. Jika bersetuju, baru kelas akan dimulakan.

B. Adakah saya perlu membayar proses “matching” tutor?

Tidak! Perkhidmatan matching tutor ini adalah PERCUMA untuk pelajar. Tiada bayaran dikenakan

C. Berapa yang harus saya bayar jika saya membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Tutor CMN Academy?

1. Hanya bayar Yuran Pendaftaran RM50/seorang (yuran seumur hidup)

2. Bayaran yuran mengikut jam dan bilangan pelajar dibayar pada awal bulan terus kepada kami setelah berpuas hati dengan tutor yang mengajar. Maklumat mengenai yuran boleh diperolehi dengan menghubungi kami di 011-15775761

D. Selepas beberapa sesi, bolehkah saya meminta penukaran tutor jika didapati tutor tersebut tidak sesuai atau tidak kompeten?

Kebiasaannya, tutor-tutor CMN Academy mempunyai rekod yang baik. Tetapi jika kurang sesuai, kami akan menguruskan untuk penggantian tutor yang lain.

E. Bagaimana caranya saya membuat bayaran kepada CMN Academy

Anda boleh membuat bayaran dengan mesin deposit CDM atau Perbankan Internet”. Sila simpan bukti pembayaran sebagai rujukan. Pastikan tuan/puan menghubungi “Admin” kami selepas membuat pembayaran untuk pengesahan.

F. Apakah keunikan Tutor CMN Academy berbanding perkhidmatan lain?

Di CMN Academy, tutor-tutor dipilih berdasarkan kelayakan serta melalui sesi temuduga yang disediakan oleh pihak kami. Training dan perjumpaan diadakan sekerap mungkin bagi memberi skil-skil yang diperlukan oleh seorang tutor. Pihak akademi juga memantau perkembangan pelajaran dari semasa ke semasa.

G. Bolehkah diberikan diskaun untuk perkhidmatan ini?

Boleh sekiranya pelajar lebih daripada seorang. Lebih ramai, lebih murah. Kami menyediakan pakej yang memberikan keistimewaan yuran kepada pelajar yang belajar dalam kumpulan maksimum 5 orang.

Nikmat Membaca Al-Quran

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus”

(al-Isra”:9)

Sesungguhnya nikmat terbesar dari Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada kaum muslimin adalah al-Quran yang menjadi penjelas bagi segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat.

Setiap yang tidak mengambil petunjuk dari al-Quran adalah orang yang sia-sia, setiap masyarakat yang tidak mendapat hidayah dari al-Quran adalah orang yang rugi.

Allah s.w.t telah berjanji bahawa barangsiapa yang membaca al-Quran, mengikuti al-Quran mengamalkan apa yang ada di dalamnya, melaksanakan perintah-perintah al-Quran dan menjauhi larangan-larangan al-Quran nescaya orang itu tidak akan tersesat di dunia di saat umat lain tersesat dan tidak sengsara diakhirat di hari ketika umat manusia sengsara.

Allah s.w.t. juga berjanji bahawa barang siapa yang berpaling dari Kitab-Nya, enggan mengahyati makna-makna ayat Kitab-Nya (tadabur), membelakangi firman-firman-Nya, enggan membaca, merenungkan dan mengamalkannya, maka Allah akan membuat kehidupan dunianya sempit dan dijauhkan rahmat Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengikuti petujuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barabgsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha: 124)

Membaca al-Quran juga menjadikan hati umat manusia menjadi tenang. Dengan membaca al-Quran, jiwa kita akan mencapai ketenangan, menghilangkan kegelisahan dan perasaan marah. Ini kerana terdapat banyak fadhilat-fadhilat ayat al-Quran itu sendiri.

Al-Quran merupakan panduan utama umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Di dalamnya terdapat pelbagai panduan mengenai ibadat, akidah, ilmu sains, perubatan, alam dan banyak lagi.

Selain itu, surah-surah yang disusun Allah s.w.t. ini juga mempunyai fadhilat tertentu.

Maha Suci Allah. Sebagai umat Islam, seharusnya kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa membaca al-Quran yang telah diwahyukan-Nya. Semoga ianya memberi petunjuk kepada kita didunia dan diakhirat.

zp8497586rq

zp8497586rq

Talaqqi dan Musyafahah

Talaqqi dari segi bahasa diambil daripada perkataan Ta la qa iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru.Musyafahah pula bermakna dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul)

Pendekatan pengajaran al-Quran secara talaqqi dan musyafahah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah saw lagi.

Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, pembacaan al-Quran telah diwarisi secara penyampaian berhadapan guru dan murid dari mulut ke mulut bagi menepati bacaan yang telah diturunkan kepada Baginda s.a.w. secara Tartil (bertajwid) menepati firman Allah  s.w.t.:

“Dan sesungguhnya Kamu (Muhammad) telah membaca Al-Quran itu daripada (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Naml, online ayat: 6)

FirmanNya lagi:

“Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-Quran itu) secara Tartil (bertajwid)” (Surah Al-Furqan, ayat: 32).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan supaya pembacaan al-Quran itu diambil dan dipelajari dari 4 orang sahabat terkemuka dengan sabdanya:

“Ambillah bacaan al-Quran itu dari empat orang iaitu; Abdullah Ibnu Mas`ud, Salim, Mu`az bin Jabal dan Ubai bin Ka`ad” (Sahih Bukhari, Kitab fadhail amal, Bab al-Qurra min ashab al-nabiy)

Fatimah r.a. meriwayatkan sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w. menceritakan kepadanya suatu rahsia yang maksudnya:

“Jibril membaca dan memperdengarkan al-Quran bersama Ku setiap setahun sekali, kemudian dua kali setahun, maka aku dapat merasakan kehadiran ajalku” (Sahih Bukhari)

Al-quran juga yang merupakan kalamullah, sebaik-baiknya perlu dibaca dengan baik agar dapat memelihara keaslian bacaan tersebut sesuai dengan hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai Al-Quran itu dibaca menepati sebagaimana ia diturunkan”.(Hadis riwayat sahih Ibnu Khuzaimah).

Berdasarkan sumber-sumber dari al-Quran dan al-Sunnah di atas jelaslah menunjukkan kaedah talaqqi dan musyafahah telah diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran sejak dari awal penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. lagi.

 

zp8497586rq