About Us

CMN Academy ialah sebuah konsultan yang menyediakan tutor-tutor untuk pakej  “Quranic Home Based” iaitu Mengaji Al-Quran Di Rumah. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej yang disediakan adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran Al-Quran yang diikuti.

Kami bermula dengan mengajar sendiri ke rumah-rumah. Dalam pada masa yang sama, permintaan semakin hari semakin banyak melalui “words mouth to mouth”.

Disebabkan itu, timbul idea untuk mengajak rakan-rakan serta ustaz dan ustazah yang berminat dan berkebolehan mengajar Al-Quran dan fardhu ain. Kebanyakan mereka adalah graduan dalam bidang agama dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.

Alhamdulillah, sekarang  CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini diwujudkan di atas sebab memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan klien hari ini ingin perkhidmatan mengaji di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Mereka boleh bertanyakan secara terus kepada ustaz dan ustazah tentang perkara yang berada di fikiran. Sesi teori dan praktikal (fardhu ain) dapat membantu pelajar mempelajari perkara tersebut dengan lebih efektif.

Masa juga adalah fleksibel bergantung kepada keperluan klien. Kebiasaanya pada waktu petang atau malam (hari bekerja), hari minggu atau pada bila-bila masa yang dipersetujui. Ini membolehkan pelajar selesa dengan masa yang ditentukan.

Alhamdulillah, telah ramai keluarga yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini. Walaupun bermula daripada zero, namun disebakan kesungguhan dan komitmen daripada ustaz/ustazah, mereka telah dapat mengaji Al-Quran dengan baik beserta tajwid.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami.

Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi.