Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Al-Mubarak 1433H!

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Al-Mubarak 1433H!

adobe creative suite upgrade
p>Dia

Hadir kembali di halaman jiwa ini

Mengubat rindu yang kian lama terpendam di lubuk syahdu

Andainya esok bukan milikku

Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu

Buat pengubat derita dosa-dosa semalam

Kerana aku tahu ya Al-mubarak

Kau dirindui oleh sekelian alam maya ini

Seandainya alam ini turut berkata-kata

Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka

Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan

Aku akan setia menantimu di sini

Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran

Buat meniti hakikat lautan sebuah kehidupan

Salam Ramadan penuh kesucian

Ramadhan, Ramadan, Taqwim Ramadan

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

(Hadis Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada sahabat Sahal bin Sa’d.)

Dia hadir kembali setelah lama dinanti. Bukan seperti “pungguk rindukan rembulan” yang cintanya tidak mungkin dibalasi, tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih molek dari seribu bulan. Setelah lama kekurangan dalam melakukan amalan, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.

Umar Al-Khattab sahaja pernah Due “Where credit scores Is Due” by Bethany [. bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam. Beliau berasa risau samada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.

Terkadang noda-noda dunia yang seringkali melambai-lambai, menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika. Sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai Copyright Playtech verzorgd in de software ook een aantal enorme progressieve jackpots De online casino Jackpotteller word bij alle ‘Playtech casino’s’ aangeboden. © 2005-2013 blackjack online Top10. kerisauan dengan iman mereka. Apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.

Ramadhan, Ramadhan Kareem, Ramadhan Al-Mubarak

Sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka periksalah kembali diri kita. Muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu. Begitu juga Il software del nostro casino online italiani online puo essere completamente rimosso dal pc seguendo le indicazioni alla pagina disinstallazione. ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

Semoga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur Ramadan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan di bumi. Hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini. Usah kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan Ramadan. Ramadan hadir sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di Ramadan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahbaikkan amal ibadat buat bekalan di “penjelmaan” yang akan datang.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Mengapa menanti senja, baru tercari-cari jalan pulang?

Salam Ramadan penuh kesucian

oleh:

Mohd Noor Mohd Tahir

dan Famili Akademi Infitah

zp8497586rq