Mengaji Al-Quran Di Rumah

 

Adakah anda ingin:

  • Belajar Al-Quran daripada asas?
  • Membetulkan sebutan ‘makhraj’ bacaan?
  • Ingin mempelajari ilmu tajwid yang mudah serta dapat mengamalkannya dalam bacaan Al-Quran?
  • Boleh membaca Al-Quran, namun masih kurang fasih & lancar?
  • Ingin mempelajari Al-Quran bersama terjemahan atau tafsir?
  • Ingin mempelajari ilmu fardhu ain secara teori dan praktikal?
  • Ingin mempelajari bersama-sama dengan keluarga/jiran/sanak-saudara di rumah?

Perkhidmatan Quranic Home Based atau Mengaji Al-Quran Di Rumah adalah bertujuan supaya semua golongan dapat belajar ilmu Al-Quran & Tajwid serta asasnya seperti Iqra’, Muqaddam dan lain-lain. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar di samping tajwid yang betul. Selain itu, bagi yang berminat mempelajari ilmu fardhu ain, tadabbur (terjemahan), hadis-hadis serta doa-doa pilihan juga sesuai bagi memilih pakej ini. Pakej belajar mengaji Al-Quran juga sesuai bagi pembelajaran seisi keluarga atau sesebuah organisasi.

"Mengaji" "Mengaji Al-Quran" "Belajar Al-Quran" "Al-Quran" "quran" "mengaji alquran" "belajar alquran"

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak klien, kami sering berusaha untuk memberi pembelajaran Al-Quran serta tajwid yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisien supaya pelaburan anda akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat. Bagi memastikan klien mendapat hasil yang terbaik, sesi pertama pembelajaran mengaji Al-Quran akan dinilai sendiri oleh klien. Sekiranya berpuas hati, pembelajaran akan diteruskan. Jika tidak berpuas hati, tiada bayaran akan dikenakan.

"Al-Quran" "Belajar Al-Quran" "Mengaji Al-Quran" "Mengaji Alquran" "Belajar Alquran" "Quran"

Oleh itu, kami berharap agar tuan/puan, ibu bapa/penjaga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan kita dalam mempelajari ilmu Al-Quran ini. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa/penjaga ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa. Selain itu, keluarga juga boleh memberi sokongan moral bagi melonjakkan potensi mereka selain menunjukkan contoh yang terbaik dengan turut menanam budaya membaca dan mentadabbur Al-Quran di rumah. Pihak kami juga akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuan/puan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami. Semoga pelaburan tuan/puan ini akan memberikan manfaat yang besar di dunia & akhirat. Akhir kalam, semoga Allah merahmati & memberkati segala amalan kita serta Al-Quran menjadi penyelamat bagi kita di akhirat nanti.

‘Al-Quran Panduan Hidup Muslim’