Ahlan Wasahlan Ya Ramadan Al-Mubarak!

Dia

Hadir kembali di halaman jiwa ini

Mengubat rindu yang kian lama terpendam di lubuk syahdu

Andainya esok bukan milikku

Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu

Buat pengubat derita dosa-dosa semalam

Kerana aku tahu ya Al-mubarak

Kau dirindui oleh sekelian alam maya ini

Seandainya alam ini turut berkata-kata

Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka

Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan

Aku akan setia menantimu di sini

Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran

Buat meniti hakikat lautan sebuah kehidupan

Salam Ramadan penuh kesucian

“Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

(Hadis Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad daripada sahabat Sahal bin Sa’d.)

Dia hadir kembali setelah lama dinanti. Bukan seperti “pungguk rindukan rembulan” yang cintanya tidak mungkin dibalasi, tetapi cinta ini seperti kekasih yang merindukan hari yang dijanjikan padanya lebih molek dari seribu bulan. Setelah lama kekurangan dalam melakukan amalan, maka inilah masa yang paling sesuai untuk menumpahkan segala rasa cinta yang bersemi.

Umar Al-Khattab sahaja pernah bertanya kepada Huzaifah iaitu satu-satunya sahabat yang memegang rahsia Rasulullah tentang siapa golongan munafiq dikalangan orang Islam. Beliau berasa risau samada beliau termasuk dikalangan munafiq tersebut. Subhanallah, manusia sehebat Umar sahaja risau tentang imannya.

Terkadang noda-noda dunia yang seringkali melambai-lambai, menggamit kita untuk bersamanya menyebabkan kita terleka seketika. Sedangan para sahabat sahaja sering mengadu mengenai kerisauan dengan iman mereka. Apatah lagi kita sebagai hamba di akhir zaman yang diibaratkan Rasulullah sebagai zaman umat Islam yang berkualiti buih-buih di lautan.

Sekiranya kita merasakan iman kita sentiasa mantap sentiasa, maka periksalah kembali diri kita. Muhasabahlah diri kerana takut-takut kita tertipu dengan amalan yang kita kerjakan itu.

Ketika hati merasakan diri lebih baik berbanding manusia lain, maka ketika itu jugalah hati itu perlu diperhalusi agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan.

Semoga iman yang ketandusan selama ini dapat dibanjiri dengan nur Ramadan yang ditunggu oleh penghuni di langit dan di bumi. Hatta mereka yang telah lama meninggalkan dunia yang fana ini juga menunggu-nunggu kehadiran bulan ini. Usah kerana sibuk untuk persiapan aidilfitri, maka kita terlupa dengan persiapan Ramadan. Ramadan hadir sekali setahun, belum tentu kita bernafas lagi di Ramadan yang akan datang. Maka ambillah peluang ini untuk menambahbaikkan amal ibadat buat bekalan di “penjelmaan” yang akan datang.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Mengapa menanti senja, baru tercari-cari jalan pulang?

Salam Ramadan penuh kesucian

oleh:

Mohd Noor Mohd Tahir

zp8497586rq

Keistimewaan Perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah

Klien sering bertanya kepada kami adakah:

1. Perkhidmatan ini sesuai bagi mereka?

Tuan/puan tidak perlu risau kerana sesi Mengaji Al-Quran Di Rumah ini memang sesuai bagi yang ingin belajar Al-Quran daripada asas mahupun untuk memperbaiki bacaan. Pembelajaran Al-Quran ini turut mengekalkan tradisi   menuntut ilmu iaitu secara talaqqi & musyafahah (berhadapan terus dengan ustaz/ustazah).

2. Kenapa perlu belajar tajwid?

Tajwid sememangnya ilmu yang sinonim dengan Al-Quran. Tanpa tajwid, bacaan Al-Quran kita belum sempurna. Begitu juga bacaan solat perlu dibaca dengan bacaan yang sempurna dan bertajwid. Di CMN Academy, kita memfokuskan untuk mengajar tajwid dengan cara yang mudah dan tidak membebankan pelajar.

3.  Bolehkah kami ingin belajar tentang perkara fardhu ain seperti asas ibadah?

Jika pihak tuan/puan ingin mempelajari ilmu fardhu ain, ustaz/ustazah akan mengajar secara taeori dan praktikal (jika perlu). Jadi tuan/puan boleh mempelajari dan bertanya secara langsung dengan pengajar. Setiap pelajaran/bacaan/isu/permasalahan dapat dibincangkan secara telus antara pelajar & tutor tanpa rasa segan.

4. Bagaimana pembelajaran ini dapat memberikan fokus kepada pelajar?

fat loss workouts for rierslot.net men http://www.customizedweightlossprogram.com/

Pengajar di CMN Academy adalah pengajar yang terpilih daripada beratus-ratus permohonan serta menjalani temuduga khas sebelum dipilih sebagai tutor. Perjumpaan dan training dijalankan untuk menambahkan kemahiran tutor. Selain itu, pengajar dapat memberikan fokus kepada pelajar kerana bilangannya hanya terdiri daripada 1 – 7 orang sahaja.

5. Apakah kelebihan belajar dalam kumpulan yang kecil?

Pelajar mendapat maklumat yang jelas daripada tutor (bacaan mulut & praktikal perbuatan) manakala tutor pula dapat melakukan semakan secara langsung kepada pelajar (samada semakan bacaan mulut @ praktikal perbuatan). Tutor bukan sahaja berkongsi ilmu bersama pelajar, malah boleh berkongsi pengalaman sedia ada untuk kebaikan bersama antara tutor & pelajar.

zp8497586rq

About Us

CMN Academy ialah sebuah konsultan yang menyediakan tutor-tutor untuk pakej  “Quranic Home Based” iaitu Mengaji Al-Quran Di Rumah. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej yang disediakan adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran Al-Quran yang diikuti.

Kami bermula dengan mengajar sendiri ke rumah-rumah. Dalam pada masa yang sama, permintaan semakin hari semakin banyak melalui “words mouth to mouth”.

Disebabkan itu, timbul idea untuk mengajak rakan-rakan serta ustaz dan ustazah yang berminat dan berkebolehan mengajar Al-Quran dan fardhu ain. Kebanyakan mereka adalah graduan dalam bidang agama dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.

Alhamdulillah, sekarang  CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini diwujudkan di atas sebab memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan klien hari ini ingin perkhidmatan mengaji di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Mereka boleh bertanyakan secara terus kepada ustaz dan ustazah tentang perkara yang berada di fikiran. Sesi teori dan praktikal (fardhu ain) dapat membantu pelajar mempelajari perkara tersebut dengan lebih efektif.

Masa juga adalah fleksibel bergantung kepada keperluan klien. Kebiasaanya pada waktu petang atau malam (hari bekerja), hari minggu atau pada bila-bila masa yang dipersetujui. Ini membolehkan pelajar selesa dengan masa yang ditentukan.

Alhamdulillah, telah ramai keluarga yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini. Walaupun bermula daripada zero, namun disebakan kesungguhan dan komitmen daripada ustaz/ustazah, mereka telah dapat mengaji Al-Quran dengan baik beserta tajwid.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami.

Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi.

Nikmat Membaca Al-Quran

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus”

(al-Isra”:9)

Sesungguhnya nikmat terbesar dari Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada kaum muslimin adalah al-Quran yang menjadi penjelas bagi segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat.

Setiap yang tidak mengambil petunjuk dari al-Quran adalah orang yang sia-sia, setiap masyarakat yang tidak mendapat hidayah dari al-Quran adalah orang yang rugi.

Allah s.w.t telah berjanji bahawa barangsiapa yang membaca al-Quran, mengikuti al-Quran mengamalkan apa yang ada di dalamnya, melaksanakan perintah-perintah al-Quran dan menjauhi larangan-larangan al-Quran nescaya orang itu tidak akan tersesat di dunia di saat umat lain tersesat dan tidak sengsara diakhirat di hari ketika umat manusia sengsara.

Allah s.w.t. juga berjanji bahawa barang siapa yang berpaling dari Kitab-Nya, enggan mengahyati makna-makna ayat Kitab-Nya (tadabur), membelakangi firman-firman-Nya, enggan membaca, merenungkan dan mengamalkannya, maka Allah akan membuat kehidupan dunianya sempit dan dijauhkan rahmat Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengikuti petujuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barabgsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha: 124)

Membaca al-Quran juga menjadikan hati umat manusia menjadi tenang. Dengan membaca al-Quran, jiwa kita akan mencapai ketenangan, menghilangkan kegelisahan dan perasaan marah. Ini kerana terdapat banyak fadhilat-fadhilat ayat al-Quran itu sendiri.

Al-Quran merupakan panduan utama umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Di dalamnya terdapat pelbagai panduan mengenai ibadat, akidah, ilmu sains, perubatan, alam dan banyak lagi.

Selain itu, surah-surah yang disusun Allah s.w.t. ini juga mempunyai fadhilat tertentu.

Maha Suci Allah. Sebagai umat Islam, seharusnya kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa membaca al-Quran yang telah diwahyukan-Nya. Semoga ianya memberi petunjuk kepada kita didunia dan diakhirat.

zp8497586rq

zp8497586rq

11 Kebaikan Belajar Al-Quran

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Selain itu, al-Quran juga turut memaparkan kisah-kisah yang akan berlaku pada masa akan datang seperti peristiwa pada Hari Kiamat, peristiwa ketika manusia dibangkitkan di padang Mahsyar dan ketika mana manusia diberi pembalasan atas amalan yang dilakukan di dunia.

 

Terdapat 11 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

2. Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata:

“Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain?”

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

3. Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

4. Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

5. Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

6. Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata :

“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

7. Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al-As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan?”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)

 

8. Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

“Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim )

 

9. Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :

“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad?”

(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

 

10. Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya?”

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

 

11. Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf?”

(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”