Mudahnya Tajwid!

Hadis Kelebihan Membaca Al-Quran

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ada Apa Dengan Mudahnya Tajwid!

Di antara modul yang digunakan oleh Akademi Infitah dalam Mengaji Al-Quran adalah Mudahnya Tajwid! Modul ini ini bukanlah bertujuan untuk memandang mudah ilmu tajwid yang sedia ada. Tapi lebih kepada membetulkan mind-set pemikiran yang mengatakan tajwid itu susah. Ramai yang tidah mahu belajar Al-Quran disebabkan pemikiran yang kurang tepat ini. Dengan mengubah mind-set, insyallah pembelajaran tajwid ini akan lebih mudah.

Analoginya sperti yang dikisahkan oleh Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) kisah seekor anak gajah. Ada seekor anak gajah yang telah ditangkap dari hutan dan dibawa ke zoo untuk dijadikan haiwan sarkis. Ia diikat pada sebatang tiang yang kecil. Semasa kecil, ia sering berusaha untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut tetapi gagal.

Semakin ia besar, anak gajah itu tetap diikat daripada tiang yang sama. Tetapi oleh kerana ia menganggap ia tidak akan berjaya, maka ia berhenti berusaha. Sebenarnya, anak gajah yang semakin besar itu mampu untuk melepaskan diri, namun kerana mind-set yang meletakkan ia sesuatu yang sukar, maka ia berhenti mencuba. Semoga kita tidak seperti anak gajah tersebut 🙂

Apa yang penting dalam Mudahnya Tajwid! adalah mengamalkan hukum tersebut walaupun kita tidak tahu nama hukum tersebut. Dalam pada masa yang sama, jika kita mengetahui hukum tajwid dan mengamalkannya, itu adalah yang terbaik!

 

Vokal a, e, i, o, u

Baris atas mewakili vokal a dan o

Baris bawah mewakili vokal i

Baris depan mewakili vokal  u

Harkat

Harkat itu bermaksud bacaan panjang dalam Al-Quran. Ia tidak mengikut saat tetapi mengikut nada bacaan.

Hukum dengung

Hukum dengan dalam Al-Quran ini memang sinonim dengan hukum tajwid. Kita biasa dengan “dengung” apa itu dengung? Dalam Mudahnya Tajwid!, pelajar diberitahu bahawa dengung itu adalah 2 harkat dan perlu mengeluarkan bunyi daripada hidung. Bunyinya juga seakan-akan memasukkan kepada hurufnya selepasnya. Mudah sahaja jika kita hendak mengenalpasti samada kita membaca dengan dengung atau tidak iaitu jika kita tutup hidung semasa pembacaan tersebut, bunyi bacaan tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Ada beberapa hukum tajwid yang memerlukan bacaan dengung iaitu:

  1. Idgham Maal Ghunnah
  2. Ikhfa” hakiki
  3. Iqlab
  4. Idgham Mutamasilain

Banyak yang perlu dingat? Insyallah, dengan kaedah Mudahnya Tajwid!, teknik-teknik mengenal hukum ini dalam Al-Quran dapat membantu mengenalpasti bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.

Hukum Bukan Dengung

Manakala hukum yang melibatkan hukum bukan dengung pula ada tiga iaitu:

  1. Izhar Halqi
  2. Izhar Syafawi
  3. Izhar Mutlaq
Hukum-hukum ini melibatkan bacaan yang berbeza. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah ia termasuk hukum yang tidak perlu dengung. Dengan mengenal tanda-tanda dan huruf dalam Al-Quran, hukum ini lebih mudah dipelajari 🙂
Untuk belajar mengaji di rumah atau online boleh Whatsapp “Mengaji Fokus” ke 0132006840
zp8497586rq

About Us

CMN Academy ialah sebuah konsultan yang menyediakan tutor-tutor untuk pakej  “Quranic Home Based” iaitu Mengaji Al-Quran Di Rumah. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej yang disediakan adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran Al-Quran yang diikuti.

Kami bermula dengan mengajar sendiri ke rumah-rumah. Dalam pada masa yang sama, permintaan semakin hari semakin banyak melalui “words mouth to mouth”.

Disebabkan itu, timbul idea untuk mengajak rakan-rakan serta ustaz dan ustazah yang berminat dan berkebolehan mengajar Al-Quran dan fardhu ain. Kebanyakan mereka adalah graduan dalam bidang agama dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.

Alhamdulillah, sekarang  CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini diwujudkan di atas sebab memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan klien hari ini ingin perkhidmatan mengaji di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Mereka boleh bertanyakan secara terus kepada ustaz dan ustazah tentang perkara yang berada di fikiran. Sesi teori dan praktikal (fardhu ain) dapat membantu pelajar mempelajari perkara tersebut dengan lebih efektif.

Masa juga adalah fleksibel bergantung kepada keperluan klien. Kebiasaanya pada waktu petang atau malam (hari bekerja), hari minggu atau pada bila-bila masa yang dipersetujui. Ini membolehkan pelajar selesa dengan masa yang ditentukan.

Alhamdulillah, telah ramai keluarga yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini. Walaupun bermula daripada zero, namun disebakan kesungguhan dan komitmen daripada ustaz/ustazah, mereka telah dapat mengaji Al-Quran dengan baik beserta tajwid.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami.

Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi.

Nikmat Membaca Al-Quran

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus”

(al-Isra”:9)

Sesungguhnya nikmat terbesar dari Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada kaum muslimin adalah al-Quran yang menjadi penjelas bagi segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat.

Setiap yang tidak mengambil petunjuk dari al-Quran adalah orang yang sia-sia, setiap masyarakat yang tidak mendapat hidayah dari al-Quran adalah orang yang rugi.

Allah s.w.t telah berjanji bahawa barangsiapa yang membaca al-Quran, mengikuti al-Quran mengamalkan apa yang ada di dalamnya, melaksanakan perintah-perintah al-Quran dan menjauhi larangan-larangan al-Quran nescaya orang itu tidak akan tersesat di dunia di saat umat lain tersesat dan tidak sengsara diakhirat di hari ketika umat manusia sengsara.

Allah s.w.t. juga berjanji bahawa barang siapa yang berpaling dari Kitab-Nya, enggan mengahyati makna-makna ayat Kitab-Nya (tadabur), membelakangi firman-firman-Nya, enggan membaca, merenungkan dan mengamalkannya, maka Allah akan membuat kehidupan dunianya sempit dan dijauhkan rahmat Allah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mengikuti petujuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barabgsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha: 124)

Membaca al-Quran juga menjadikan hati umat manusia menjadi tenang. Dengan membaca al-Quran, jiwa kita akan mencapai ketenangan, menghilangkan kegelisahan dan perasaan marah. Ini kerana terdapat banyak fadhilat-fadhilat ayat al-Quran itu sendiri.

Al-Quran merupakan panduan utama umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Di dalamnya terdapat pelbagai panduan mengenai ibadat, akidah, ilmu sains, perubatan, alam dan banyak lagi.

Selain itu, surah-surah yang disusun Allah s.w.t. ini juga mempunyai fadhilat tertentu.

Maha Suci Allah. Sebagai umat Islam, seharusnya kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa membaca al-Quran yang telah diwahyukan-Nya. Semoga ianya memberi petunjuk kepada kita didunia dan diakhirat.

zp8497586rq

zp8497586rq

11 Kebaikan Belajar Al-Quran

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Selain itu, al-Quran juga turut memaparkan kisah-kisah yang akan berlaku pada masa akan datang seperti peristiwa pada Hari Kiamat, peristiwa ketika manusia dibangkitkan di padang Mahsyar dan ketika mana manusia diberi pembalasan atas amalan yang dilakukan di dunia.

 

Terdapat 11 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

2. Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata:

“Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain?”

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

3. Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

4. Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

5. Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

6. Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata :

“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

7. Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al-As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan?”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)

 

8. Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

“Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim )

 

9. Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :

“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad?”

(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

 

10. Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya?”

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

 

11. Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf?”

(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”