About Us

CMN Academy ialah sebuah konsultan yang menyediakan tutor-tutor untuk pakej  “Quranic Home Based” iaitu Mengaji Al-Quran Di Rumah. Fokus kami adalah memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisyen kepada klien. Pakej yang disediakan adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran Al-Quran yang diikuti.

Kami bermula dengan mengajar sendiri ke rumah-rumah. Dalam pada masa yang sama, permintaan semakin hari semakin banyak melalui “words mouth to mouth”.

Disebabkan itu, timbul idea untuk mengajak rakan-rakan serta ustaz dan ustazah yang berminat dan berkebolehan mengajar Al-Quran dan fardhu ain. Kebanyakan mereka adalah graduan dalam bidang agama dan berpengalaman dalam bidang pengajaran Al-Quran.

Alhamdulillah, sekarang  CMN Academy sudah berkembang ke seluruh Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini diwujudkan di atas sebab memenuhi keperluan semasa. Kebanyakan klien hari ini ingin perkhidmatan mengaji di rumah bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Mereka boleh bertanyakan secara terus kepada ustaz dan ustazah tentang perkara yang berada di fikiran. Sesi teori dan praktikal (fardhu ain) dapat membantu pelajar mempelajari perkara tersebut dengan lebih efektif.

Masa juga adalah fleksibel bergantung kepada keperluan klien. Kebiasaanya pada waktu petang atau malam (hari bekerja), hari minggu atau pada bila-bila masa yang dipersetujui. Ini membolehkan pelajar selesa dengan masa yang ditentukan.

Alhamdulillah, telah ramai keluarga yang telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Mengaji Al-Quran Di Rumah ini. Walaupun bermula daripada zero, namun disebakan kesungguhan dan komitmen daripada ustaz/ustazah, mereka telah dapat mengaji Al-Quran dengan baik beserta tajwid.

Kadar yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dengan hasil yang diperolehi. Di pihak ibu bapa & pelajar, kami sering berusaha untuk memberi yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang berkualiti serta efisyen supaya pelaburan tuan/puan akan memberikan hasil jangka masa panjang bukan setakat di dunia, malah di akhirat juga.

Oleh itu, kami berharap, pihak ibu bapa juga sentiasa menyokong dan bersama kami dalam membantu kejayaan anak-anak kita. Antara perkara yang boleh dibantu oleh ibu bapa ialah sentiasa memantau perkembangan anak-anak. Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada kami.

Semoga segala usaha & amal kita akan diterima Allah supaya kita bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut menempah tiket ke syurga, negeri yang kekal abadi.

11 Kebaikan Belajar Al-Quran

Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Selain itu, al-Quran juga turut memaparkan kisah-kisah yang akan berlaku pada masa akan datang seperti peristiwa pada Hari Kiamat, peristiwa ketika manusia dibangkitkan di padang Mahsyar dan ketika mana manusia diberi pembalasan atas amalan yang dilakukan di dunia.

 

Terdapat 11 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Saman r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

2. Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata:

“Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain?”

(Hadis Riwayat Bukhari)

 

3. Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

4. Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim)

 

5. Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:

“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

6. Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra dan daripada Azib r.a. telah berkata :

“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

7. Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin Umru Bin Al-As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan?”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)

 

8. Sesiapa yang lebih fasih membaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

“Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran?”

(Hadis Riwayat Muslim )

 

9. Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :

“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad?”

(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

 

10. Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya?”

(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

 

11. Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf?”

(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”