Soalan Lazim

A. Bagaimana untuk memulakan?

Tuan/Puan boleh membuat pra-pendaftaran secara online. Kami akan menghubungi tuan/puan untuk menerangkan tentang perkhidmatan kami dengan lebih lanjut. Jika bersetuju, baru kelas akan dimulakan.

 

B. Adakah saya perlu membayar proses “matching” tutor?

Tidak! Perkhidmatan matching tutor ini adalah PERCUMA untuk pelajar. Tiada bayaran dikenakan

 

C. Berapa yang harus saya bayar jika saya membuat keputusan untuk menggunakan khidmat tutor Akademi Infitah?

1. Hanya bayar Yuran Pendaftaran RM30/seorang (yuran seumur hidup)
2. Bayaran yuran mengikut jam dan bilangan pelajar dibayar pada awal bulan terus kepada kami setelah berpuas hati dengan tutor yang mengajar. Maklumat mengenai yuran boleh diperolehi dengan menghubungi kami atau boleh emel kepada kami infitahtraining@yahoo.com untuk mendapatkan kadar yuran.
D. Selepas beberapa sesi, bolehkah saya meminta penukaran atoledo.com tutor jika didapati tutor tersebut tidak sesuai atau tidak kompeten?

Kebiasaannya, tutor-tutor Akademi Infitah mempunyai rekod yang baik. Tetapi jika kurang sesuai, kami akan menguruskan untuk penggantian tutor yang lain.

 

E. Bagaimana caranya saya spielautomaten membuat bayaran kepada Akademi Infitah?

Anda boleh membuat bayaran dengan mesin deposit CDM atau Perbankan Internet “fund transfer”. Sila simpan bukti pembayaran sebagai rujukan. Pastikan tuan/puan menghubungi “Admin” kami selepas membuat pembayaran untuk pengesahan.

 

F. Apakah keunikan tutor Akademi Infitah berbanding perkhidmatan lain?

Di Akademi Infitah, tutor-tutor dipilih berdasarkan kelayakan serta melalui sesi temuduga yang disediakan oleh pihak kami. Training dan perjumpaan diadakan sekerap mungkin bagi memberi skil-skil yang diperlukan oleh seorang tutor. Pihak akademi juga memantau perkembangan pelajarn dari semasa ke semasa.

 

G. Bolehkah diberikan diskaun untuk perkhidmatan ini?

Boleh sekiranya pelajar lebih daripada seorang. Lebih ramai, lebih murah. Kami menyediakan pakej yang memberikan keistimewaan yuran kepada pelajar yang belajar dalam kumpulan maksimum 7 orang.