Tadabbur Al-Quran di Bulan Ramadan

Tadabbur Al-Quran di Bulan Ramadan

Ahlan wasahlan ya Ramadan kareem, bulan yang paling dicintai dan ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di sepanjang tahun. Lebih dua pertiga tarbiah bulan ini dilalui, namun adakah sudah separuh target-target kita sudah tercapai. Suasana berbeza dapat dirasakan di negara-negara arab misalannya, apabila Ramadan disambut dengan meriah berbanding dengan meriahnya sambutan Syawal di Malaysia. Meriahnya Ramadan mereka bukan dengan menggantung langsir baru mahupun menyertai pesta jualan murah, tapi dengan kemeriahan pesta ibadah yang ibarat tiada lagi Ramadan tahun hadapan bagi mereka.

tadabbur alquran, ramadan, ramadan bulan alquran

Selain dari bulan ibadah mahupun tarbiah, Ramadan juga dikenal sebagai bulan al-Quran. Bulan dimana turunnya wahyu pertama, yang turunnya mempunyai peringkat, dan beransur-ansur selama 23 tahun. Jelas dilihat ramai umat Islam seperti tidak boleh berenggang dengan al-Quran pada bulan ini, ibarat irama dan lagu, di mana-mana sahaja daerah pasti terdengar akan suara-suara yang basah mengucap ayatnya yang tinggi, sehinggakan kanak-kanak juga dilihat berbondong-bondong ke masjid menjinjing al-Quran di atas kepala mereka. Namun ironinya, sejauh mana cinta dan tadabbur mereka ke atas kalimah suci tersebut disebalik kesungguhan mereka membacanya. Firman Allah Taala yang mafhumnya berbunyi:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu” (al-Baqarah: 185)

Maka adakah bacaan mereka yang banyak itu masuk terus ke hati mereka atau sekadar pelengkap jadual aktiviti harian di bulan barakah? Ramai yang lupa bahawa di antara strategi musuh Islam itu adalah menghalang umat Islam dari mentadabburi al-Quran dan berpaling daripada al-Quran sedangkan ianya dibaca setiap hari.

Tadabbur bermaksud merenung dan memikirkan tentang ayat-ayat al-Quran agar difahami makna, hikmah dan tujuannya. Membaca al-Quran secara tadabbur amat penting bagi online slots usaha melahirkan generasi Ulul Albab dan Qur’ani.

Dari Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Nabi kamu atoledo telah berkata, Sesungguhnya Allah telah mengangkat darjat sesuatu kaum dengan al-Quran dan merendahkan yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. pernah bangun sepanjang di malam dengan membaca satu ayat secara berulang-ulang sampai Subuh iaitu:

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ Histoire du Video Poker Et ce jeu, sachez le est en realite tres ancien. لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ertinya: “Jika Engkau menyiksa mereka, Maka phpaide.com Sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, Maka Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Maaidah: 118)

Ibnu Qoyyim menjelaskan:

“Apabila sampai ke satu ayat (ketika mana baginda ingin mengubati hatinya), baginda akan membacanya secara berulang-ulang sehinggakan mencapai 100 kali dalam satu malam. Oleh itu, membaca satu ayat disertai debgan pemikiran dan pemahaman, lebih baik daripada membaca sehingga khatam tanpa perenungan dan pemahaman, lebih bermanfaat bagi hati dan lebih berpotensi menghadirkan iman dan rasa manisnya al-Quran.” (Miftahu Daarissa’adah)

Namun, salah bagi sesetengah golongan yang menganggap bahawa mambaca al-Quran dengan tadabbur adalah susah dan hanya boleh dilakukan oleh orang tertentu berdasarkan firman:

“Dan sungguh, telah kami mudahkan al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?” (al-Qamar: 17)

Namun jelas umat Islam dilihat sangat rapat dengan al-Quran di mana-mana sahaja di sepanjang Ramadan, seperti sabda baginda yang berbunyi:

 مثل البيت الذي يذكرالله فيه والبيت الذي لا يذكر الله فيه مثل الحي والميت

Maksudnya: Perumpamaan bagi rumah yang dibacakan padanya ayat-ayat Allah dengan rumah yang tidak dibacakan padanya ayat-ayat Allah seumpama orang hidup dengan orang mati.

Namun generasi kini yang pastinya dicari-cari adalah mereka yang mampu mentadabburi  al-Quran, sejajar dengan ciri-ciri orang yang beriman itu dalam firmanNya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”. (al-Anfaal: 2)

Oleh itu, marilah kita mendekatkan diri kita kepada al-Quran dengan membacanya dan mentadabburinya, semoga kita dapat menggapai bulan al-Quran ini dengan suatu nilai yang terbaik sepanjang hidup ini.

Ustaz Ahmad Hassan Ismail Al-Hafiz

Ijazah Sarjana Muda Qira”at, Universiti Al-Azhar, Mesir

Tutor Akademi Infitah

adobe photoshop cs6 download full version

zp8497586rq