Mudahnya Tajwid! (1)

Mudahnya Tajwid! (1)

%%anc%%
p style=”text-align: center;”>Tajwid Mudah, Ilmu Tajwid,

Hadis Kelebihan Membaca Al-Quran

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ada Apa Dengan Mudahnya Tajwid!

Di antara modul yang digunakan oleh Akademi Infitah dalam Mengaji Al-Quran adalah Mudahnya Tajwid! Modul ini ini bukanlah bertujuan untuk memandang mudah ilmu tajwid yang sedia ada. Tapi lebih kepada membetulkan mind-set pemikiran yang mengatakan tajwid itu susah. Ramai yang tidah mahu belajar Al-Quran disebabkan pemikiran yang kurang tepat ini. Dengan mengubah mind-set, insyallah pembelajaran tajwid ini akan lebih mudah.

Analoginya sperti yang dikisahkan oleh Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) kisah seekor anak gajah. Ada seekor anak gajah yang telah ditangkap dari hutan dan dibawa ke zoo untuk dijadikan haiwan sarkis. Ia diikat pada sebatang tiang yang kecil. Semasa kecil, ia sering berusaha untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut tetapi gagal. Semakin ia besar, anak gajah itu tetap diikat daripada tiang yang sama. Tetapi oleh kerana ia menganggap ia tidak akan berjaya, maka ia berhenti berusaha. Sebenarnya, anak gajah yang semakin besar itu mampu untuk melepaskan diri, namun kerana mind-set goldbyte yang meletakkan ia sesuatu yang sukar, maka ia berhenti mencuba. Semoga kita tidak seperti anak gajah tersebut :)

Apa yang penting dalam Mudahnya Tajwid! adalah mengamalkan hukum tersebut walaupun kita tidak tahu nama hukum tersebut. Dalam pada masa yang sama, jika kita mengetahui hukum tajwid dan mengamalkannya, itu adalah yang terbaik!

 

Vokal a, e, i, o, u

Baris atas mewakili vokal a dan o

Baris bawah mewakili vokal i

Baris depan mewakili vokal  u

Harkat

Harkat itu bermaksud bacaan panjang dalam Al-Quran. Ia tidak mengikut saat tetapi Borjar du spela casino i mobilen hos Mr Green, du far nu 400% upp till 1000 kronor som startbonus plus 300 free spins. mengikut nada bacaan.

Hukum dengung

Hukum dengan dalam Al-Quran ini memang sinonim dengan hukum tajwid. Kita biasa dengan “dengung” apa itu dengung? Dalam Mudahnya Tajwid!, pelajar diberitahu bahawa dengung itu adalah 2 harkat dan perlu mengeluarkan bunyi daripada hidung. Bunyinya juga seakan-akan memasukkan kepada hurufnya selepasnya. Mudah sahaja jika kita hendak mengenalpasti samada kita membaca dengan dengung atau tidak iaitu jika kita tutup hidung semasa pembacaan tersebut, bunyi bacaan tersebut tidak dapat dikeluarkan.

Ada beberapa hukum tajwid yang memerlukan bacaan dengung iaitu:

  1. Idgham Maal Ghunnah
  2. Ikhfa” hakiki
  3. Iqlab
  4. Idgham Mutamasilain

Banyak yang perlu dingat? Insyallah, dengan kaedah Mudahnya Tajwid!, teknik-teknik mengenal hukum ini dalam Al-Quran dapat membantu mengenalpasti bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.

Mudahnya Tajwid, Belajar Al-Quran, Mengaji Al-Quran

Hukum Bukan Dengung

Manakala hukum yang melibatkan hukum bukan dengung pula ada tiga iaitu:

  1. Izhar Halqi
  2. Izhar Syafawi
  3. Izhar Mutlaq
Hukum-hukum ini melibatkan bacaan yang berbeza. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah ia termasuk hukum yang tidak perlu dengung. Dengan mengenal tanda-tanda dan huruf dalam Al-Quran, hukum ini lebih mudah dipelajari :)
Insyallah kami akan kongsikan lagi dalam artikel Mudahnya Tajwid! akan datang.
p/s: Jika berminat mengadakan Program Mudahnya Tajwid! ini ditempat anda seperti sekolah/masjid/surau/organisasi/syarikat secara PERCUMA, tuan/puan boleh hubungi Cik Farizan : 016 3969763

zp8497586rq